Tuesday, December 29, 2009

Gallbladder cleanse ( Malay version)


Protokol membuang batu hempedu.

  1. Pada hari hendak menjalani protocol pembersihan batu hempedu, Makan pagi dan tengahari tidak mengandungi lemak sama ada lemak sayur atau lemak binatang.

  1. Jangan makan dan minum lagi selepas pukul 2 p.m.


  1. Pada pukul 2 pm – Sediakan larutan Garam Epsom salts dengan melarutkan  4 sudu garam ke dalam 3 cawan air. Letakkan ke dalam peti sejuk.

  1. Pukul 6 pm-  Minum ¾  cawan larutan garam Epsom . Boleh campurkan air oren untuk baguskan rasanya. Selepas itu Minum dan kumur dengan air.


  1. Pukul 8 pm. – Minum ¾  cawan lagi larutan garam Epsom. Masa penting, jangan awal atau lewat lebih dari 10 minit.

  1. Pukul 9.45 pm – Tuang ½  cawan minyak zaitun ke dalam jar . Sediakan perahan anggur segar antara ½ ke ¾ cawan. Campurkan ke dalam minyak zaitun. Boleh campukan juga air oren. Tutup jar kemas- kemas dan goncangkan campuran tadi hingga sebati.


  1. Pada pukul 10 pm – Minum campuran minyak zaitun/ perahan aggur tadi. Dan terus baring di tempat tidur. Jangan membuang masa mencuci bekas- bekas lagi. Cuba jangan bergerak selama 20 minit. Kemudian terus tidur.

  1. Bangun pagi selepas pukul 6 am – minum ¾ cawan lagi larutan garam Epsom. Kemudian boleh sambung tidur.


  1. 2 jam selepas itu- minum ¾ cawan lagi garam Epsom iaitu yang terakhir. Boleh sambung tidur.

  1. 2 jam lepas itu- sekarang boleh mula makan – mulakan dengan jus buah- buahan. Sejam lepas itu , boleh mula makan buah, kemudian sejam lepas itu boleh mula makan seperti biasa. Sampai malam sepatutnya badan akan seperti biasa semula.


  1. Bangun keesokan pagi- akan cirit dan akan banyak batu berwarna kehijauan yang keluar. Boleh guna lampu suluh untuk melihat batu- batu itu.

No comments:

Post a Comment